Salam semua..
salam Ramadhan 1432H!
kat cini sy nak kongsi sedikit kelebihan bulan Ramadhan :
Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu pada Rejab dan Sya'ban.
setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia. serta menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan yang boleh membatalkan puasa kita.
3. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya.
4. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
5. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.
6. . Mempraktikkan amalan sunnah nabi seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah kurma.
banyak lagi kelebihan bulan mulia ini.. ini sedikit sebanyak yang sy dpt KonGsikan!
bersama2 lah kita mempraktikkan yEp! hehehee
(^-^) TQ

No comments:
Post a Comment