Monday, 15 August 2011

LELAKI IDAMAN CIK COKELAT

Assalamualaikum..

ari niey da cukup 15hari kite berpuase..
solat witir po da dibcekan dgn doa qunut!
alhamdullah kn.. semua nyer berjalan dgn lancarkn?
xlame lagi kita kan menyambut bulan SyaWal! (^-^)
da lame cik cokelat xupdate kn.. ade lam 3hari kot.. lupew suda
bkn pe.. sibuk cket biase la student kn?
hahaha :) alasan ek
kali nk kongsi LELAKI IDAMAN CIK COKELAT!
hahhaaa.. bermadah2 pulak kn> pe blh buat
hehe.. jgn ade meluat pulak..

semua org ade lelaki iadaman mcmane kn?
sy pon ade jgk..
 erm.. semua law blh nk dapat lelaki yg betol2 yg diidam2kan!
niey sy nk kongsi ngn kamu semua apa ciri2 nya.. 
jum laa bace!!





Lelaki idaman saya adalah...
  • Seorang lelaki yang beriman...
  • Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
  • Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
  • Yang sentiasa haus dengan ilmu agama...
  • Yang sentiasa dahaga akan pahala...
  • Yang solatnya adalah maruah dirinya...
  • Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
  • Yang tidak pernah gentar untuk melawan hawa nafsu...

Lelaki idaman saya adalah...
  • Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
  • Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
  • Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
  • Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
  • Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...
Lelaki idaman saya adalah...
  • Lelaki yang menghormati ibunya...
  • Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
  • Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
  • Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
  • Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya adalah...
  • Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
  • Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
  • Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
  • Yang menjaga matanya dari berbelanja...
  • Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...
Lelaki idaman saya adalah...
  • Tidak pernah membazirkan masa...
  • Matanya kepenatan kerana penat membaca...
  • Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
  • Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
  • Bangunnya subuh penuh kecergasan...
  • Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya..
  • Sentiasa mengingati mati...
  • Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
  • Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
  • Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
  • Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
  • Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
  • Kerana dia mengimpikan syurga...
  • Di situlah rumah idamannya...
  • Dan dia ingin membawa saya bersama...
  • Dialah lelaki idaman saya...


heheehe byk kn?
sambil tu sy ade ltk pic lelaki kartun..!
insyallah kite semua akan mendpt lelaki idaman yg diimpikan selama ini!
semua nk lelaki yg baik, beriman..
yg dpt membimbing kita ke jln yag redhai oleh ALLAH..
semoga sy akan dpt lelaki sedemikian..
sama2 laa ita berdoa supaya.. 
ALLAH memberikan kita jodoh yg terbaik untuk kita..
AMIN...

(*-^)

No comments:

Post a Comment