Tuesday, 3 July 2012

TIPS PENJAGAAN RAMBUT UNTUK YANG BERTUDUNG!



As salam semua.. 

Hari ini nak bagi tips lagi! Amboii.. suka eh.. ye la suka tips free.. hehe… gurau2 je eh..! J

Untuk yang bertudung mcm kita ini, penjagaan rambut ini memang lah memerlukan perawatan yang ekstra. Nak taw kenapa? Sebab keadaan rambut yang tertutup oleh tudung dalam jangka masa yang panjang mempengaruhi kesihatan rambut tersebut.

Meh kita baca tips yang mudah untuk bagi kaum hawa!

~ cucilah rambut secara teratur iaitu selang dua atau tig akali sehari (bergantung pada keselesaan kita juga) kita juga perlulah pastikan syampoo yang sesuai untuk jenis rambut kita ini.

~ selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan dahulu sebelum megenakan tudung. Jika pemakaian tudung semasa rambut masih basah atau lembap akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik, ini akan boleh mengakibatkan pening kepala.

~ boleh lakukan rawatan cream bath seminggu sekali untuk membekalkan nutrisi untuk rambut dan pada masa yang sama dapat memastikan kulit kepala kekal sihat. Ini bergantung pada syampoo, krim yang sesuai.

~ untuk menjaga lagi kesihatan rambut, perlulah memilih tudung daripada material kapas yang baik bagi pengaliran udaranya  agar kulit kepala mampu bernafas. Pakailah tudung yang bersih.

~ pemilihan warna tudung yang sesuai dengan waktu kita melakukan aktiviti turut dapat membantu tahap kesihatan rambut. Contohlah kan,  pakailah tudung yang warna putih atau terang pada siang hari dan elakkan memakai tudung yang berwarna gelap kerana ia akan menyerap haba daripada sinaran matahari.

~ kita juga perlu elakkan juga pemakaian tudung yang berlapis – lapis ketika sedang beriadah. Pastikan tudung yang dikenakan tidak lebih dari empat lapis taw. Semakin tebal tudung yang dipakai, semakin sukarlah kulit kepala untuk bernafas.

No comments:

Post a Comment